ARTICLE

Untung dan Rugi Adalah Asam Garam Dalam Perdagangan Pasaran Saham

Untung dan rugi adalah asam garam dalam perdagangan pasaran saham.
Ada pepatah mengatakan kebanyakkan pedagang runcit akan untung pada pembelian pertama mereka. Situasi ini umum lebih di kenali dengan “Beginner’s Luck’. Malah saya sendiri mendapat keuntungan pada perdagangan pertama saya .

Tidak berat jika saya katakan,
Pedagang yang Berjaya adalah sebenarnya mempunyai dua kriteria yang penting,

1- Keuntungan Konsisten / Keuntungan lebih tinggi dari kerugian
2- Mampu menjana keuntungan dalam apa-apa waktu tidak kira Ketika trend saham menaik atau menurun.

“ The Bull make money & The Bear make money, only the greedy boar that get slaughtered”

Kenapa Bullish di gunakan sebagai terma ketika pasaran sedang menaik.
Lagenda mengatakan ia diambil dari Tindakan & cara Seekor seladang itu menyerang atau menanduk. Iaitu dari atas ke bawah
Begitu juga sebaliknya Bearish yang memberi maksud pasaran sedang ke bawah kerana cara seekor beruang itu menyerang dari atas kebawah.

Tipu jika kita katakan seseorang yang telah lama berdagang dalam bursa saham tidak pernah rugi.
Orang yang berpengalaman akan punyai pengurusan risiko masing-masing dan berdisplin dengan “Trading Plan” mereka.

Dalam artikel kali ini ,
saya berbesar hati ingin berkongsi 4+1 tips dan mungkin boleh di katakana ‘HACK’!
Bagaimana anda boleh menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran Bursa Saham.

Oh ya sebelum itu,
Anda di jemput untuk ‘subscribe’ Channel telegram SmartSaham.com untuk dapatan info terkini dan ilmu percuma berkenaan pasaran saham Bursa Malaysia dan Global. https://t.me/smartsahamcom 

Tips Pertama:

“ Jika anda menggunakan modal 5 angka dan ke bawah eg RM 10,000 sebaiknya jangan beli lebih dari 2 – 3 kaunter pada masa yang sama “

Boleh saya katakan kebanyakkan mereka yang ingin melabur akan mula dengan modal tidak lebih dari 5 angka.
Anda juga tidak di galakkan untuk menggunakan duit kecemasan anda untuk berdagang di pasaran bursa.

Sekali lagi, ia bergantung kepada pendapatan dan kekuatan kewangan masing-masing.



Tips pertama ini sangat penting kerana antara kesilapan ‘trader’ yang baru berkecimpung dalam dunia pelaburan saham terkadang teruja untuk beli banyak stock.
Selain dari menghilangkan focus anda, ini juga mengakibatkan kos transaksi anda bertambah kerana ia di kena kan bagi setiap kaunter yang berbeza.

Di samping itu, jika anda membeli 2 atau 3 kaunter pada waktu yang sama,

 saya sangat sarankan untuk beli kaunter yang berbeza sector.

Contoh anda membeli TAKAFUL untuk sector kewangan. Anda tidak perlu membeli BIMB pula yang mana berada di dalam sector yang sama. Pelbagaikan pelaburan anda ke sector yang berbeza, contoh anda boleh beli MYEG pula kerana ia dalam sector teknologi.



‘Trader” baru juga kebiasaannya sangat teruja untuk membeli kaunter yang terlalu murah kerana merasa dengan memiliki unit yang banyak bermakna keuntungan akan bertambah.

Harga yang terlalu penny seperti bawah 1 sen tidak terlalu di galakkan di di dagangkan.
Lagi-lagi untuk jangka masa yang lama.
Harga saham sedikit sebanyak memberi gambaran kualiti sesebuah syarikat. Harga yang terlalu murah mempunyai risiko yang mana kaunter itu ada potensi untuk di nyahsenaraikan di samping tahap kecairan yang agak rendah.

Jadi secara umum,
Saya nasihatkan mulakan dengan pembelian saham di atas RM0.50 terlebih dahulu.
Ingat keuntungan yang tinggi datang dengan risiko yang tinggi juga, pada erti kata yang lain ada ada risiko untuk rugi yang tinggi juga.

Tips kedua:

“Beli kaunter yang berada hampir pada perubahan bid harga sebagai contoh RM 0.98 dan RM9.9”

Seperti di terangkan sebelum ini, harga memain peranan penting dalam pemilihan saham.

Dan peringatan, anda sangat di galakkan untuk membuat Analisa dan penilaian harga patut bagi sesebuah kaunter saham.

Secara kasar saya tidak galakkan untuk melabur pada kaunter yang di bawah RM0.50 apatah lagi bawah RM0.01

Kaunter saham ini umum di kenali sebagai ‘penny stock’ manakala kaunter yang lebih dari RM5 atau di dalam senarai KLCI di kenali sebagai “bluechip stock’

Dan di dalam pasaran bursa telah di tetapkan untuk pergerakan harga/bid saham akan berbeza mengikut harga kaunter. Ia mudah di fahami seperti yang tertera dalam jadual di bawah

Justeru, kita boleh faham jika kaunter di bawah RM1, pergerakan bid harga adalah setengah sen (RM0.005)

Dan ia akan naik sekali ganda apabila harga kaunter itu di atas RM1, iaitu dari setengah sen menjadi satu sen (RM0.01)

Maka, jika anda Berjaya membeli kaunter yang menghampiri RM1 Sebagai contoh RM0.98 dan ia Berjaya menokok naik sehingga RM1 anda memperoleh margin keuntungan yang lebih bagi setiap pergerakan bid harga. Sebagai contoh jika anda memperoleh keuntungan RM50 bagi setiap bid Ketika di bawah RM1 maka anda kini memperoleh keuntungan RM100 bagi setiap bid apabila ia menaik atas RM1

Ingat! Anda juga terdedah dengan margin risiko yang lebih tinggi. Jadi berhati dan pastikan Analisa dan trading plan anda effektif mengikut strategi dan situasi pasaran.

Bak kata pepatah:

“Understanding The Bigger Picture, Trade The Current”

Tips 3

“ Cuba utamakan dan beli kaunter yang mendapat pengecualian stamp duty dari Bursa”

Tahukah anda terdapat lebih dari 200 kaunter dalam senarai pasaran Bursa mendapat Pelepasan duti setem.

Kita serba maklum kos-kos yang teribat dalam satu-satu perdagangan itu adalah seperti berikut:

1- Purchase Value ( stock price X total lot )

2- Brokerage fee ( mengikut syarikat broker masing-masing eg minimum RM8 untuk MPLUS )

3- Clearing fee ( 0.03% dari total Value )

4- SST

5- Stamp Duty ( RM1 bagi setiap RM1000 purchase value )

Jadi jika anda melabur sebanyak RM100,000, dan anda Berjaya membeli kaunter saham yang mendapat pengecualian stamp duty maka anda Beroleh penjimatan sebanyak RM100+RM100=RM200 ( buy & sell )

Kebiasaannya, kos stamp duty terhad sebanyak RM200 bagi belian dan jualan.
Link ini di sertakan senarai syarikat di pasaran Bursa yang mendapat pengecualian stamp duty.

Tips 4

“Buy on weakness & Selling on strength”

Tahukan anda dengan menggunakan platfrom MPLUS (eforce) terdapat pilihan untuk melihat kaunter yang berpotensi untuk di beli.

Ia tidak selalunya menjadi, berbalik kepada Analisa anda masing-masing, faktor ini hanya menambahkan kadar keberjayaan anda.

Buy on weakness bermaksud walaupun harga sesuatu kaunter itu sedang jatuh, akan tetapi terdapat ‘demand’ ataupon buyer yang terus membeli pada harga rendah dan mengelak dari harga kaunter itu terus jatuh

Manakalah ‘selling on strength’ pula sebaliknya. Kaunter sedang naik dan demand membeli juga meningkat.

Gambar di bawah adalah bagaimana anda boleh mendapat tapisan yang saya kongsikan.

Tips 5 & terakhir

“Create alert for certain price level”

Kita serba maklum kebanyakkan dari kita mempunyai kerja hakiki dan tidak punyai masa dan komitmen sepenuh nya untuk memantau dari 9pagi sehingga 5pm apabila pasaran bursa sedang di buka.

Dengan teknologi kini kita tidak perlu tunggu di hadapan screen computer sehingga harga yang kita ingin kan tercapai.

Tahukah anda,
dengan menggunakan platform tradingview.com anda boleh mencipta ‘alert’ pada satu-satu paras harga dan notifikasi akan di beri kepada anda Ketika harga melintasi harga tersebut!

Dan pesanan terakhir,

Untuk trader yang ingin bermula, saya nasihatkan untuk anda mulakan dengan ‘mode swing’ atau termpoh perdagangan secara lebih dari sehari hingga ke 1-2 minggu.
Selain dari mengurankan risiko , margin keuntungan nya juga lebih ‘ranum’ sebelum anda ingin bermula dengan ‘intra day’ atau beli hari ini jual hari ini juga.

Untuk swing,
anda boleh gunakan fungsi ‘stop price’ di mana anda hanya perlu letakkan paras ‘cut loss’ anda supaya anda tidak mengalami kerugian yang terlalu tinggi.
Selagi mana ia tidak jatuh hingga ke tahap cut loss anda biarkan ia sehingga notifikasi alert TP (Target price) anda sampai.

Menarik bukan!
Maka dengan 5 tips & hack yang saya kongsikan ini, saya berharap anda akan mendapat manfaat dan sukses dalam perdagangan anda di pasaran Bursa.


Tentu anda tertanya bagaimana saya memperolehi tips yang hebat ini?
Terdapat banyak lagi tips & hack yang anda boleh pelajari dan terokai sepanjang tempoh anda berdagang

Kebanyakkan ilmu dan skills ini saya pelajari adalah dari seminar pertama yang membawa saya kedunia saham ini iaitu seminar SmartSaham Wyckoff Trading Blueprint.

Seminar ini di susun sangat sistematik & ‘bertadaruj’ atau bertahap.
Dari Asas hingga ilmu advance mengetahui ‘kisah di sebalik chart di skrin komputer anda’
Tanpa melupakan pemahan yang mendalam berkenaan indicator dan set up umum yang ada.

Kita harmoni kan ilmu fundamental dan Analisa teknikal.
Memahami fasa pergerakan saham dan menyesuaikan selera risiko masing-masing dengan strategi yang sesuai.
Seperti moto seminar ini “Creating A Versatile Traders”, seminar ini mengajar kita untuk menggunakan strategi yang tepat pada masa yang tepat.

Analoginya,

Jika ingin pergi berperang, kita di beri pilihan untuk menggunakan ‘sniper’ untuk long-range , atau pistol atau senapang untuk mid-range dan pisau untuk short-range.
Tanpa mengharap semata-mata dari buy call atau Analisa orang lain,
Kami di ajar untuk mencari kaunter yang berkualiti sendiri dan menjadi independent trader.
8 hari kelas ini bermula dengan topik:


1) Creating A Winning Stock Watchlist

2) Simplifing Fundamental Analysis For Retail Traders

3) Mastering Stock Valuation For Traders

4) Mastering The Precision Of Technical Analysis

5) Prediciting The Future  Via Advance Technical Analysis

6) The Majestic Of Wyckoff Trading Method Part 1

7) The Majestic of Wyckoff Trading Method Part 2

8) Day Trading, The Art of Tape Reading, & Money Management


Trainer dan tenaga pengajar sangat komited mengajar dan yang paling ‘best’ adalah lifelong support group di telegram yang di beri 24jam.
Kami boleh berdiskusi dan membincangkan berita-berita terkini berkenaan pasaran saham sekali gus mencipta pendapatan tambahan untuk mereka yang tersayang


Labur Berhemah! Labur Syariah! Salam #SmartSaham

Disclaimer: Artikel ini turut dikongsikan di website Majalah Labur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *