Strategi Saham Untuk Mereka Yang Zero

strategi saham

Kebanyakkan orang keliru strategi saham mana yang sesuai digunakan. Sebenarnya terdapat beberapa strategi saham yang sangat mudah untuk kita gunakan terutamanya kepada mereka yang baru nak bermula. Jom admin kongsikan kepada anda beberapa teknik yang sangat mudah digunakan especially untuk mereka yang zero bab saham ni.

Sebilangan besar pelabur menggunakan kedua-dua analisis teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan. Pelabur baharu perlu untuk menguasai analisis teknikal untuk memahami psikologi pasaran untuk mencari peluang membuat keuntungan.

Banyak pelabur menganalisis saham berdasarkan fundamental seperti revenue, valuation, atau trend di dalam industri. Akan tetapi faktor fundamental tidak memberi kesan secara terus kepada harga pasaran. Analisis teknikal bertujuan untuk melihat pergerakan harga dengan menganalisis data sedia ada, terutamanya harga dan volume.

Ini membantu pedagang dan pelabur melihat jurang antara nilai intrinsik dan harga pasaran dengan memanfaatkan teknik seperti statistik dan tingkah laku ekonomi. Analisis teknikal memberitahu pelabur apa yang paling mungkin akan berlaku berdasarkan maklumat sedia ada.

Memilih Approach Yang Sesuai

Secara general terdapat dua approach yang boleh digunakan iaitu Top-down dan Buttom-up approach. Kebiasaannya pelaburan jangka masa pendek akan menggunakan top-down manakala jangka masa panjang akan menggunakan bottom-up. Tambahan daripada ini, ada beberapa Langkah lain yang anda perlu lakukan.

Top-Down

Pendekatan top-down dimulakan dengan analisis makroekonomi yang melihat ekonomi secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada saham tertentu. Pelabur perlu akan memberi tumpuan kepada ekonomi, kemudian sektor, dan kemudian baru saham syarikat.

Pelabur yang menggunakan pendekatan ini bertujuan untuk keuntungan jangka pendek berbanding penilaian jangka panjang. Sebagai contoh, pelabur mungkin berminat dengan saham yang break-out dari MA-50 sebagai peluang membeli.

Bottom-Up

Pendekatan bottom-up memberi tumpuan kepada saham individu berbanding pandangan makroekonomi. Ini melibatkan menganalisis saham yang kelihatan sangat menarik dan mempunyai potensi untuk dibeli dan untung.

Sebagai contoh, pelabur mungkin menemui saham “hidden gem” yang undervalued dan sedang melakukan trend menurun. Dengan menggunakan analisis teknikal untuk mengenal pasti titik masuk yang sesuai. Pelabur mencari saham yang bernilai dan berkualiti dan membuat pelaburan jangka panjang.

Memilih Teknik Yang Sesuai

Tambahan daripada ini, pelabur yang berbeza mungkin sesuai dengan bentuk analisis teknikal yang berbeza-beza. Daytrader mungkin lebih selesa dengan trendline dan petunjuk volume untuk membuat keputusan. Manakala Swing trader mungkin lebih sesuai dengan chart pattern dan petunjuk teknikal.

1. Memilih strategi dan membina sistem

Langkah pertama adalah mengenali strategi yang anda ingin gunakan dan bina sistem pelaburan personal anda. Sebagai contoh, pelabur baharu boleh menggunakan strategi persilangan Moving Average (MA). Anda boleh memerhatikan MA 50 dan MA 200 pada pergerakan harga saham.

Bagi strategi ini, jika MA 50 bergerak dan bersilang dari bawah ke atas MA 200, ia menandakan pergerakan trend ke atas dan memberikan signal belian. Jika pergerakan MA 50 bersilang dari atas ke bawah MA 200 ia menandakan sebaliknya (Jual).

2. Memilih saham

Tidak semua saham sesuai menggunakan teknik yang sama, Teknik ini mungkin sesuai untuk saham yang sedang melakukan trend, ataupun saham yang mempunyai kecairan dan volatility yang tinggi. Saham yang berbeza mungkin perlu menggunakan pilihan parameter yang berbeza sebagai contoh MA 15 dan MA 50,

3. Memilih broker yang sesuai

Syarikat broker yang berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang kita oleh manfaatkan. Kelebihan dan kekurangan ini bergantung kepada platform yang digunakan, ciri-ciri yang ditawarkan, akses yang diberikan, caj yang dikenakan dan sebagainya.

4. Pantau pelaburan

Setelah membuat pembelian saham anda perlu untuk pantau prestasi pelaburan anda dari masa ke masa. Kekerapan pemantauan bergantung kepada strategi pelaburan anda. Bagi pelaburan jangka masa pendek memerlukan pemantauan yang lebih kerap berbanding pelaburan jangka masa panjang.

5. Menggunakan software atau tools tambahan

Anda boleh menggunakan apa-apa software atau tools tambahan yang mempunyai ciri-ciri tambahan untuk memaksimumkan prestasi pelaburan anda. Sebahagian trader memerlukan sistem “alert”, akses mudah alih, sistem automatik, chart yang lebih detail dan sebagainya.

Tips Tambahan

Berdagang dan melabur merupakan aktiviti yang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi jika anda ingin bertahan untuk jangka masa yang panjang. Sangat penting untuk anda membuat kajian dan analisis yang lebih lagi daripada yang di kongsikan disini. Antara perkara yang anda boleh pertimbangkan adalah seperti berikut.

  • Memahami asas dan aplikasi di sebalik analisis teknikal.
  • Melakukan “backtesting” bagi strategi pelaburan anda untuk melihat bagaimana ia berfungsi pada masa/situasi yang sudah lepas.
  • Berlatih di akaun demo sebelum menggunakan modal sebenar.
  • Memahami batasan dan had dalam penggunaan analisis teknikal untuk mengelakkan kegagalan yang anda tidak mampu untuk hadapi.
  • Teliti dan fleksibel mengikut keperluan
  • Mulakan dengan modal yang rendah terlebih dahulu dan tambah kemudian setelah anda mula memperoleh pengalaman dan kefahaman.

Kesimpulan

Banyak pelabur memanfaatkan kedua-dua analisis fundamental dan teknikal ketika membuat keputusan pelaburan. Analisis fundamental boleh membantu anda untuk menapis saham yang berkualiti manakala Analisis teknikal boleh membantu anda untuk mencari masa dan harga yang sesuai untuk keluar dan masuk.

Dengan mengembangkan pemahaman tentang analisis teknikal, peniaga dan pelabur dapat meningkatkan pulangan jangka panjang yang boleh disesuaikan dengan risiko anda masing-masing. Akan tetapi penting untuk memahami dan mempraktikkan teknik ini sebelum menggunakan modal sebenar untuk mengelakkan kesilapan dan kerugian yang tinggi.

Apa pandangan anda? Adakah anda berminat nak tahu macam mana nak buat duit daripada saham? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *