Pelabur Institusi vs. Pelabur Runcit

retail vs institutional pelabur runcit

Terdapat banyak jenis pelabur di dalam pasaran saham , antaranya adalah pelabur institusi (Institutional Trader) dan pelabur runcit (Retail Trader). Memahami perbezaan antara dua jenis pelabur ini merupakan satu kelebihan bagi pelabur dan boleh membantu kita membuat keputusan dalam urusan jual beli saham.

Mari kita ambil peluang ini untuk memahami perbezaan antara dua jenis pelabur ini.

Institutional Investor merupakan sesebuah organisasi yang berdagang saham dalam jumlah yang sangat besar yang menyebabkan mereka layak untuk menerima kelebihan istimewa dengan kos transaksi yang lebih rendah. Manakala Retail Investor merupakan seorang individu yang berdagang saham melalui syarikat broker ataupun akaun pelaburan biasa.

Institutional Investor

Pelabur institusi ini merupakan gergasi ataupun juga digelar “jerung” dalam pasaran saham. Mereka adalah dana persaraan, unit trust, pengurus kewangan, syarikat takaful, syarikat insuran, bank pelaburan dan lain-lain. Transaksi jual beli yang dilakukan oleh mereka, menguasai sebahagian besar dari pasaran.

Mereka menggerakan duit dengan jumlah yang sangat besar mampu memberi kesan terhadap pergerakan pasaran saham. Disebabkan mereka menguruskan dana yang besar dan diberikan kepercayaan oleh orang awam, mereka tidak akan membuat keputusan pelaburan tanpa kajian ataupun analisa yang mencukupi.

Kebanyakkan pelaburan instusi mewakili sekumpulan pelabur yang lain. Dalam kata lain, mereka melabur untuk pihak lain. Jika kita mempunyai plan persaraan, unit trust, akaun pelaburan, maka kita sebenarnya secara tidak langsung telah menerima manfaat daripada kelebihan dan kepakaran yang ada pada Institutional Investors.

Disebabkan oleh saiz pelaburan mereka, pelabur institusi boleh untuk tawar-menawar kos transaksi yang lebih optimum bagi pelaburan mereka. Mereka juga mempunyai kelebihan untuk mendapatkan akses pelaburan yang pelabur biasa tidak dapat, seperti peluang pelaburan dengan entry minimum tetapi dengan modal yang sangat besar.

Retail Investors

Retail investor merupakan pelabur yang bukan di bawah kategori Institutional Investor. Tidak lain tidak bukan adalah pelabur biasa yang melakukan jual beli saham melalui broker dan bank. Pelabur runcit ini tidak melabur bagi pihak orang lain, mereka hanya menguruskan duit mereka sendiri.

Pelabur runcit kebiasaannya didorong oleh matlamat mereka sendiri seperti perancangan persaraan, pendidikan anak-anak ataupun untuk membuat pelaburan sendiri.

Disebabkan kuasa membeli mereka yang kecil, kebiasaannya Retail Investor membayar kos transaksi jual beli yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, dengan kemahiran yang betul, anda boleh membuat duit di pasaran saham yang terbuka untuk 1001 peluang.

Penutup

Walauapapun jenis kategori anda, kemahiran anda dalam membuat keputusan pelaburan adalah lebih utama. Walaupun anda seorang pelabur runcit, anda masih berpeluang untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham seluruh dunia.

Apa pandangan anda? Apakah anda lebih gemar menjadi pelabur runcit? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *