Mitos Disebalik Nisbah Untung Rugi (Profit/Loss Ratio)

untung rugi

Perkara yang tidak asing bagi pelabur dan pedagang yang sering didengari dalam menguruskan modal pelaburan adalah untuk memastikan anggaran pulangan keuntungan melebihi anggaran kerugian yang ditanggung. Ia juga dikenali sebagai Nisbah untung rugi.

Namun kali ini admin ingin berkongsi sudut pandang lain tentang nisbah untung rugi ini kerana tidak semestinya perkara yang kita sering dengar itu adalah yang terbaik untuk kita.

Jom admin kupas dengan lebih lanjut hubungan antara untung dan rugi ini, mungkin anda akan jumpa teknik yang lebih bersesuaian dengan profil pelaburan anda.

Pelabur sering melihat pada nisbah untung rugi (Profit/Loss Ratio) iaitu jumlah anggaran keuntungan dibahagikan dengan jumlah anggaran kerugian.

Hasilnya adalah anggaran perkadaran jumlah untung berbanding jumlah rugi sebagai penanda aras keberhasilan dan keuntungan pelaburan yang ingin dilakukan.

Paling popular dan digemari pelabur adalah nisbah untung rugi dengan anggaran minima 2:1. Namun nisbah mudah ini mungkin kurang sesuai jika anda merupakan pelabur yang lebih berisiko berbanding pelabur lain.

Purata keuntungan setiap pelaburan (Average Profitability Per Trade) mungkin kayu ukur yang lebih baik untuk melihat kemampuan anda mejana keuntungan bagi setiap pelaburan yang dilakukan.

Kerana teknik ini turut mengambil kira kebarangkalian untuk anda untung atau rugi bagi setiap pelaburan.

Nisbah Untung Rugi

Nisbah untung rugi ini merujuk kepada anggaran jumlah keuntungan berbanding anggaran jumlah kerugian. Sebagai contoh, jika anggaran keuntungan anda ialah RM 1200 dan anggaran kerugian ialah RM 400 untuk satu pelaburan yang anda ingin lakukan, Maka nisbah untung rugi anda ialah 3:1.

Kebanyakan buku dan “guru” pelaburan selalu menggariskan nisbah minima ini pada 2:1 atau 3:1. Bermaksud jika anda menganggarkan keuntungan sebanyak RM 1200, anggaran kerugian anda mestilah dihadkan hanya sehingga RM 400 (jikan nisbah 3:1) sehingga RM 600 (jika nisbah 2:1) sahaja.

Sekali pandang, kita akan bersetuju dengan cadangan nisbah ini kerana sudah tentu anda inginkan anggaran keuntung setinggi yang mungkin serta melebihi anggaran kerugian. Namun, realitinya nisbah ini boleh menjadi agak “misleading” dan membahayakan akaun pelaburan anda.

Jika anda hanya menggunakan nisbah minima untung rugi ini pada 2:1 dan 3:1, boleh dikatakan ianya agak mengambil jalan mudah. Kerana ia tidak mengambil kira realiti yang berlaku di dalam market, cara dan skill pelaburan personal anda, dan kebarangkalian untung atau rugi bagi setiap pelaburan yang anda lakukan. Nisbah ini akan berbeza bagi setiap pelabur.

Kenapa begitu? Jom admin kongsikan dengan lebih lanjut.

Purata keuntungan setiap pelaburan (Average Profitability Per Trade / APPT)

Secara asasnya, kaedah ini merujuk kepada jumlah purata yang anda boleh anggar untuk untung atau rugi bagi setiap pelaburan dengan mengambil kira kebarangkalian untung rugi.

Kebiasaannya pelabur gemar untuk mengimbangkan nisbah jumlah anggaran untung rugi mereka, namun realitinya, ketepatan pendekatan tersebut kurang tepat jika tidak mengambil kira faktor kebarangkalian untung rugi anda.

Formula yang diguakan adalah:

APPT = ( PW x AW ) – ( PL x AL )

  • PW: Kebarangkalian untuk untung
  • AW: Anggaran jumlah pulangan keuntungan
  • PL: Kebarangkalian untuk rugi
  • AL: Anggaran jumlah kerugia

Asasnya anda perlu mengira kebarangkalian anda untuk untung atau rugi terlebih dahulu. Anda boleh lihat pada 10 dagangan atau pelaburan terakhir anda, lagi banyak lebih baik.

Jika dari 10 dagangan, anda hanya untung 6 daripada 10 dagangan tersebut, bermaksud Kebarangkalian untung anda adalah 60% dan kebarangkalian rugi anda adalah 40% sahaja.

Jika dari 10 dagangan, anda hanya untung 3 daripada 10 dagangan tersebut, bermaksud Kebarangkalian untung anda adalah 30% dan kebarangkalian rugi anda adalah 70%.

Jom kita lihat kepetingan kaedah ini melalui beberapa senario:

Senario A

Katakan dari 10 dagangan, anda hanya untung 3 dari 10 dagangan tersebut. Kebarangkalian untung anda adalah 30% dan kebarangkalian rugi anda adalah 70%. Anda ingin membuat satu pelaburan dengan anggaran pulangan RM 1200 dan anggaran rugi sebanyak RM 300.

Jika hanya menggunakan nisbah untung rugi, sudah tentu ia sudah memadai kerana mempunyai nisbah 2:1.

Namun jika menggunakan kaedah kedua ini:

APPT = ( 0.3 x RM 1200 ) – ( 0.7 x RM 600) = – RM 60

Seperti yang anda lihat, kaedah ini mengeluarkan hasil negatif RM 60. Nilai ini membawa maksud bagi setiap pelaburan yang anda lakukan dengan nisbah anggaran untung rugi yang sama, anda berkebarangkalian untuk rugi sebanyak RM 60.

Walaupon nisbah tersebut adalah 2:1, namun disebabkan kebarangkalian untung anda hanya 30%, nisbah 2:1 itu sudah tidak realistik. Jika anda ingin menggunakan nisbah untung rugi 2:1 ini, minima kebarangkalian untung yang anda perlukan adalah melebihi 33.33%.

Scenario B

Mari kita lihat penggunaan kaedah jika anda menggunakan nisbah untung rugi yang jauh lebih rendah iaitu 1:2. Aggaran untung sebanyak RM 600 dan anggaran rugi sebanyak RM 1200. Akan tetapi kali ini, katakan dari 10 dagangan, anda untung 7 dari 10 dagangan tersebut. Kebarangkalian untung anda adalah 70% dan kebarangkalian rugi anda adalah 30%.

Jika hanya menggunakan nisbah untung rugi, sudah tentu ia tidak memadai serta tidak berbaloi kerana mempunyai nisbah 1:2.

Namun jika menggunakan kaedah kedua ini:

APPT = ( 0.7 x RM 600 ) – ( 0.3 x RM 1200) = RM 60

Seperti yang anda lihat, kaedah ini mengeluarkan hasil positif RM 60. Nilai ini membawa maksud bagi setiap pelaburan yang anda lakukan dengan nisbah anggaran untung rugi yang sama, anda berkebarangkalian untuk untung sebanyak RM 60.

Walaupon nisbah tersebut adalah hanya 1:2, namun disebabkan kebarangkalian untung anda adalah 70%, nisbah 1:2 itu sudah memadai. Jika anda ingin menggunakan nisbah untung rugi 1:2 ini, minima kebarangkalian untung yang anda perlukan adalah melebihi 66.67%.

Akhir sekali admin ingin kongsikan satu jadual perbandingan bagi 9 nisbah untung rugi yang berbeza dengan 10 kebarangkalian keuntungan yang berbeza. Moga jadual ini dapat membantu anda dalam memilih nisbah untung rugi yang bersesuaian dengan kemampuan anda membuat keuntungan.

untung rugi

Penutup

Dalam dunia pelaburan, tiada satu teknik ataupon kaedah yang sesuai untuk semua orang baik dalam pengurusan modal mahupun pendekatan pelaburan.

Sebagai penggulung, apa yang admin ingin sampaikan adalah, nisbah untung rugi yang tinggi dengan anggaran keuntungan yang tinggi serta anggaran kerugian yang rendah tidak membawa maksud apa-apa melainkan prestasi pelaburan anda sudah mempunyai kebarangkalian keuntungan yang tinggi berbanding rugi.

Iaitu apabila anda mempunyai lebih banyak degangan yang untung berbanding rugi. Akhir sekali apa yang paling penting adalah purata keuntungan setiap pelaburan anda positif dan keuntungan keseluruhan anda melebih kerugian.

Apa pandangan anda? Berapakah ratio yang anda gemar gunakan? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *