Membuat Duit Melalui Crypto Staking

Membuat Duit Melalui Crypto Staking

Jika anda mengikuti rapat perkembangan matawangkripto atau cryptocurrency, kita akan biasa dengar terma staking. Staking merupakan satu kaedah yang digunakan pelbagai cryptocurrency untuk mengesahkan transaksi yang dilakukan dan mereka yang membuat pegangan boleh menjana pulangan tambahan.

Apa yang dimaksudkan dengan staking ni sebenarnya? Jom admin bawakan kepada anda bagaimana staking berlaku dan bagaimana ianya membantu anda dalam pelaburan anda.

Staking merupakan satu proses yang memerlukan anda untuk mempunyai pegangan minimum tertentu bagi sesuatu crypto untuk membantu rangkaian blockchain mengesahkan transaksi yang berlaku. Setiap matawang kripto memerlukan anda mempunyai pegangan minimum yang berbeza-beza

Buat masa ini, ia terdapat pada cryptocurrency yang menggunakan model proof-of-stake (POS) untuk proses transaksi. Ia merupakan kaedah alternatif selain daripada model proof-of-work yang memerlukan alatan komputer berkuasa tinggi untuk proses mining bagi menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks.

Ianya merupakan salah satu cara yang baik untuk menjana pendapatan tambahan secara pasif kerana terdapat sebahagian cryptocurrency yang menawarkan pulangan yang tinggi untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti ini.

Bagaimana ia berfungsi?

Crypto yang menggunakan model proof-of-work menambah transaksi baharu ke rangkaian blockchain melalui staking. Pelabur yang mempunyai pegangan crypto minimum yang mencukupi boleh melakukan staking. Validators akan dipilih dari kalangan pelabur yang menyertai staking tersebut untuk mengesahkan transaksi block baharu. Lagi banyak pegangan crypto yang anda gunakan untuk staking, lagi tinggi kebarangkalian untuk dipilih sebagai validator.

Setiap kali blok baharu ditambah ke dalam blockchain, matawang cryptocurrency baharu akan dibina dan dibahagikan sebagai pulangan staking bagi validator untuk block baharu tersebut. Pulangan tersebut kebiasaannya dalam bentuk crypto yang sama dengan matawang crypto staking anda, namun ada juga sebahagian blockchain yang memberikan pulangan staking dalam bentuk crypto yang lain.

Secara mudahnya jika anda ingin melakukan menjadi validator, anda perlu untuk memiliki crypto yang menggunakan model proof-of-stake. Kemudian tetapkan jumlah cryptocurrency yang anda ingin gunakan untuk staking dengan menggunakan mana-mana platform pertukaran cryptocurrency.

Dengan melakukan staking, crypto tersebut masih lagi kepunyaan anda akan tetapi tidak boleh digunakan untuk jual beli. Anda boleh menarik semula stake tersebut jika ingin digunakan untuk trade atau jual beli. Akan tetapi proses untuk unstacking akan mengambil tempoh masa tertentu, dan ada sebahagian cryptocurrency yang memerlukan anda untuk staking bagi tempoh minimum yang tertentu.

Kelebihan

Staking tidak boleh digunakan untuk setiap crypto yang ada, hanya sebahagian sahaja yang menggunakan model proof-of-stake ini. Kebanyakannya menggunkan model proof-of-work untuk proses penambahan block baharu ke dalam blockchain. Jika anda ingin melakukan mining bagi model ini, ia memerlukan komputer berkuasa tinggi dan memakan tenaga elektrik yang tinggi.

Berlawanan dengan proof-of-stake, ia tidak memerlukan tenaga elektrik yang tinggi yang menjadikan ia pilihan yang baik untuk perkembangan jangka masa panjang bagi memproses transaksi yang lebih kerap dan besar.

  • Mudah untuk mengembangkan pegangan aset crypto anda selain dari pulangan capital gain.
  • Tidak memerlukan kelengkapan teknologi perkomputeran kuasa tinggi seperti yang diperlukan untuk mining.
  • Membantu dalam menyokong sistem blockchain dalam mengekalkan kelancaran transaksi.
  • Penjimatan kuasa elektrik dan mesra alam.

Risiko

  • Harga crypto yang tidak menentu dan boleh jatuh dengan sangat cepat. Jika cryptocurrency yang anda gunakan untuk staking mengalami kejatuhan mendadak, kerugian yang anda tanggung mungkin akan lebih besar dari pulangan staking anda.
  • Sebahagian cryptocurrency memerlukan anda untuk staking bagi satu tempoh tertentu. Sepanjang tempoh staking anda tidak boleh melakukan apa apa dengan pegangan staking anda tersebut seperti trade atau menjual pegangan tersebut.
  • Jika anda ingin menarik semula pegangan staking anda, ia akan mengambil tempoh masa tertentu sebgaia contoh ianya mengambil masa tujuh hari dan ke atas untuk anda unstaking.

Bilakah masa yang sesuai?

Jika anda ingin memulakan aktivititi ini, sudah semestinya anda perlu untuk memegang crypto tersebut bagi tempoh tertentu. Terdapat banyak crypto yang menggunakan staking, maka perlu untuk dipertimbangkan terlebih dahulu dalam memilih crypto yang sesuai dan bagus untuk jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai pegangan cryptocurrency yang cukup untuk staking dan anda tidak bercadang untuk menjualnya dalam masa tedekat. Staking mungkin pilihan yang bagus untuk anda kerana ia akan bekerja untuk anda menjana koin cryptocurrency tambahan.

Apa pandangan anda? Adakah anda berminat nak tahu macam mana nak buat duit daripada pasaran cryptocurrency? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *