Kenapa Trade Asyik Rugi?

Kenapa Trade Asyik Rugi

“Rugi lah belajar saham ni, duit habis dekat kelas tapi labur tak untung-untung. Bila nak untung ni, selalu rugi je?”

Pelaburan tidak lari dari kerugian, belajarlah strategi apa sekalipun tidak dapat menjamin anda selamat daripada rugi. Yang membezakan setiap pelabur adalah bagaimana mereka meminimumkan risiko rugi tersebut.

Untuk artikel kali ini, admin akan bawakan kepada anda antara perkara yang boleh mempengaruhi kekerapan anda untuk rugi:

Disiplin

Ilmu dan pengalaman sahaja belum cukup untuk menyelamatkan diri anda di alam pelaburan jika tidak disertakan dengan disiplin. Apabila bercerita berkenaan disiplin ini,  untung atau rugi jika tidak disertakan dengan disiplin akan membawa kepada kerugian yang lebih besar.

Contohnya, dalam situasi anda sudah memperoleh target keuntungan yang diinginkan dalam satu hari, akan tetapi tidak disiplin dengan trading plan yang telah dibuat dan meneruskan lagi aktiviti jual beli saham untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.

Selain itu, jika pegangan saham yang dibuat telah jatuh melebihi paras “cut loss” yang telah ditetapkan, ramai yang melanggar disiplin untuk cut loss kerana lebih memilih untuk hold serta berharap agar harganya naik semula. Kebiasaannya pendorong utama pelabur tidak disiplin dalam pelaburan mereka adalah disebabkan sifat tamak dan tidak sabar. Perlu untuk kita fahami bahawa market tidak akan bull pada setiap hari. Perlunya untuk sabar dalam menghadapi hari-hari market yang sendu.

Tamak juga merupakan penyumbang terbesar dalam kerugian. Keuntungan yang sepatutnya boleh diselamatkan boleh hilang sekelip mata akibat tidak di “secure” terlebih dahulu. Jika harga saham tersebut naik selepas dijual, anggaplah ia sebagai rezeki orang lain serta satu pujian bagi diri sendiri kerana berjaya disiplin mengikut trading plan yang telah dirancang. Jika harganya jatuh, anda telah berjaya menyelamatkan keuntungan tersebut.

Tiada Trading Plan

Jika anda tiada perancangan yang jelas, anda sendiri yang merugikan pelaburan anda.

Untuk mengelakkan kegagalan dan kerugian yang sia-sia, perlu untuk kita rancang pelaburan dengan sebaiknya. Sebelum membeli sesuatu saham, tetapkan terlebih dahulu berapa banyak keuntungan yang diingini dari saham tersebut, berapa lama ingin membuat pegangan dan berapa banyak kerugian yang mampu ditanggung.

Pengawalan emosi

Kunci dalam pelaburan saham adalah emosi. Jika anda tidak mampu mengawal perasaan anda dengan baik sebaiknya anda berpindah ke pelaburan yang lebih kurang risiko.

Seringkali apabila kita terlihat sesuatu saham mencanak naik akan menyebabkan kita geram apbila terlepas untuk masuk awal. Jika emosi tidak dikawal dengan baik kebarangkalian tinggi anda akan tersangkut di “pucuk”.

Tidak perlu mengejar dan terikut dengan pelabur lain jika anda suda terlepas sesuatu saham. Dengan melakukan analisa anda sendiri, anda mampu untuk mengesan saham lain yang berpotensi dan masuk lebih awal.

Pengurusan Kewangan

Kesilapan besar dalam pelaburan ialah menggunakan keseluruhan modal yang ada. Untuk mengurangkan risiko yang ditanggung, modal perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian. Konsep ini dipanggil “diversification”. Ini adalah sangat penting bagi memastikan kita tidak rugi 100% dalam sesuatu pelaburab.

Jika “worst case scenario” berlaku, anda masih mempunyai sebahagian dari modal anda untuk mengimbangkan kerugian yang dihadapi.

Penutup

Pelaburan pada masa kini sudah menjadi satu keperluan oleh kerana keperluan kewangan yang kian meningkat. Pelajari ilmu pelaburan dari mereka yang bertauliah dan berpengalaman yang sudah menjalani naik turun dalam pelaburan. Belajarlah dari kesilapan mereka supaya kita tidak mengulanginya.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *