IPO Farm Fresh

ipo farm fresh

Farm Fresh ditubuhkan pada 24 Mac 2010 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama The Holstein Milk Company Sdn Bhd, sebelum menukar namanya kepada Farm Fresh Sdn Bhd pada 24 Mei lalu. Pada 22 September 2021, syarikat bertukar kepada syarikat awam dan menggunakan nama Farm Fresh Bhd.

Farm Fresh Bhd merupakan sebuah syarikat perladangan tenusu bersepadu tempatan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd memfailkan draf prospektus bagi tawaran awam awalan (IPO) syarikat untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Menurut draf prospektus syarikat itu yang dimuatkan dalam laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), cadangan IPO berkenaan akan membabitkan penjualan 743.18 juta saham biasa, merangkumi 222.95 juta saham baharu dan 520.23 juta saham sedia ada.

Daripada 743.18 juta saham berkenaan, sehingga 687.44 juta akan membabitkan tawaran instiusi kepada pelabur terpilih Malaysia dan asing, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Baki 55.74 juta saham akan ditawarkan kepada pelabur runcit.

CIMB Investment Bank adalah penasihat tunggal bagi proses IPO terbabit. Maybank Investment Bank dan Credit Suisse Investment adalah pengatur global dan penaja jamin bersama urus niaga berkenaan.

Farm Fresh adalah 30 peratus milik Khazanah menerusi syarikat pelaburan, Agrifood Resources Holdings Sdn Bhd. Pemegang saham lain Farm Fresh adalah Rainforest Capital Sdn Bhd dengan 46.47 peratus kepentingan dan Farmchoice Foods Sdn Bhd 23.33 peratus.

46.5 peratus daripada penyenaraian awam ini akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, termasuk menubuhkan sebuah hab pengeluaran baharu serta kemudahan pemprosesan tenusu bersepadu dan ladang tenusu baharu dalam tempoh 24 bulan akan datang.

19.9 peratus daripada hasil IPO ini akan digunakan untuk mengembangkan fasiliti di Australia dan 13.3 peratus lagi akan digunakan bagi mengembangkan syarikat di pasaran serantau di luar Malaysia.

Kira-kira 13.6 peratus dana akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja syarikat, yang dijangka meningkat berikutan pelan pengembangan dan jangkaan pertumbuhan perniagaannya di Malaysia serta pasaran luar negara.

Diaganggarkan kira-kira 6.7 peratus dana daripada terbitan awam ini akan digunakan bagi perbelanjaan penyenaraian yang berkaitan

Apa pandangan anda? Adakah IPO Farm Fresh boleh mencatatkan keuntungan yang tinggi? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Untuk update terkini berkaitan dengan IPO Farm Fresh, sila ikuti channel Telegram kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *