Apa Itu Prospektus?

memahami prospektus

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mewajibkan syarikat yang ingin menawarkan saham mereka kepada orang awam yang biasa kita dengar sebagai IPO untuk menyediakan dokumen prospektus ini terlebih dahulu.

Prospektus merupakan dokumen untuk penawaran saham yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan maklumat yang lebih banyak. Ini adalah kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat yang lengkap dan relevan mengenai penawaran saham syarikat tersebut.

Antara yang menarik berkenaan prospektus ini adalah turut dinyatakan juga risiko bagi pelaburan tersebut. Mari admin kongsikan dengan lebih mendalam berkenaan prospektus ini.

Syarikat yang ingin menawarkan IPO mereka untuk dijual kepada orang awam perlu mendokumenkan prospektus ini dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai sebahagian dari proses pendaftaran.

Terdapat dua jenis prospektus yang perlu dikemukakan iaitu “preliminary” dan “final” mengikut rangka dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh SC. Apakah perbezaan prospektus “preliminary” dan “final” ini?

Preliminary

Merupakan dokumen pertama yang dikemukakan syarikat untuk penawaran saham yang mengandungi maklumat-maklumat berkenaan bisnes yang dilakukan.

Namun, di dalam “preliminary prospectus” ini tidak mengandungi maklumat secara detail termasuk berkenaan jumlah unit saham serta harga yang ditawarkan. Tujuan peringkat “preliminary” adalah untuk menarik minat pelabur kepada IPO yang ditawarkan.

Final

Mengandungi maklumat lengkap berkenaan IPO yang ditawarkan kepada orang awam. Di peringkat ini, prospektus tersebut turut mengandungi maklumat yang telah muktamad (“finalised”) serta jumlah unit dan harga saham yang ditawarkan.

Maklumat apakah yang ada di dalam prospektus?

Prospektus mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan IPO tersebut seperti latar belakang syarikat dan maklumat berkaitan kewangan. Turut dinyatakan juga nama syarikat dan “principal” mereka, usia syarikat, pengalaman pengurusan syarikat dan penglibatan mereka di dalam bisnes tersebut.

Prospektus mengandungi maklumat seperti berikut:

  1. Maklumat kewangan
  2. Direktori korporat
  3. Ringkasan prospektus
  4. Maklumat berkenaan IPO
  5. Faktor risiko
  6. Maklumat berkenaan syarikat
  7. Gambaran keseluruhan bisnes yang dilakukan
  8. Gambaran keseluruhan industri

Antara sebab lain mengapa prospektus ini dikeluarkan adalah untuk memastikan pelabur mengetahui risiko yang berkaitan dengan pelaburan tersebut.

Walaupun para pelabur sudah sedia maklum bahawa sesuatu syarikat mengemukakan IPO untuk mendapatkan suntikan dana bagi operasi perniagaan mereka. Namun para pelabur perlu untuk mengkaji terlebih dahulu kewangan syarikat tersebut bagi memastikan syarikat tersebut mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk memenuhi perancangan mereka.

Mengapa prospektus ini penting bagi pelabur?

Prospektus merupakan dokumen yang perlu dikeluarkan oleh syarikat yang ingin menawarkan IPO. Ia sangat berguna bagi pelabur kerana di dalam propektus ini mempunyai maklumat yang terperinci berkenaan dengan IPO tersebut.

Pelabur boleh timbang tara sama ada berbaloi ataupun tidak antara apa yang ditawarkan syarikat dengan risiko yang bakal mereka perolehi melalui pelaburan tersebut.

Apa pandangan anda? Adakah anda berminat nak tahu macam mana nak buat duit melalui IPO? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *